Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena "Kitar Semula" adalah seperti berpidato, pertandingan melukis poster, pertandingan inovasi mengunakan bahan-bahan kitar semula, dan lain-lain lagi. Berikut adalah merupakan beberapa aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sempena "Kitar Semula".
1) Pertandingan Melukis Poster Peringkat Sekolah.
Kitar Semula Jadikan Amalan
Wednesday, 12 April 2017
Berita
"Sampah yang dibuang di merata-rata tempat, tanpa memikirkan ia boleh dikitar semula."
Apabila menyebut tentang kitar semula pastinya ramai dalam kalangan kita tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan amalan itu. Namun untuk lebih jelas lagi, kitar semula adalah proses yang melibatkan pengolahan semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baharuKitar semula adalah amalan yang sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian bagi mengurangkan bahan-bahan buangan, penggunaan bahan mentah baharu, penggunaan tenaga, pencemaran, dan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barangan baharu daripada bahan mentah.
Namun persoalannya, sejauh manakah amalan kitar semula ini dipraktikkan oleh masyarakat kita pada hari ini? Jika dilihat daripada jumlah timbunan sampah yang dilupuskan di tapak-tapak pelupusan sampah pada setiap hari, ini jelas mencerminkan tahap kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar semula masih lagi terlalu rendah.
Daripada jumlah ini pula dianggarkan sekurang-kurangnya 95 hingga 97 peratus daripada semua sisa pepejal di semenanjung Malaysia sahaja adalah berakhir di tapak pelupusan, manakala hanya tiga hingga lima peratus sahaja diproses di kilang-kilang kitar semula.
Angka-angka ini sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa masih terlalu banyak usaha yang perlu dilakukan di semua peringkat bagi mendidik masyarakat dalam usaha mengurangkan jumlah sisa yang masuk ke tapak-tapak pelupusan sekali gus mencapai matlamat sisa sifar demi kelestarian alam sekitar sejagat.
Matlamat sisa sifar sebenarnya bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai sekiranya wujud kemahuan yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita. Ini dibuktikan oleh beberapa negara, antaranya seperti yang dilakukan oleh penduduk di sebuah perkampungan kecil, Kamikatsu di Jepun yang mana berjaya mengitar semula sebanyak 80 peratus sampah mereka dan hanya 20 peratus sahaja yang berakhir di tapak pelupusan sampah dalam tempoh 12 tahun mereka melakukan usaha berkenaan.
Daripada video dokumentari pendek yang dipaparkan oleh Seeker Stories baru-baru ini menunjukkan bahawa penduduk Kamitkatsu mengasingkan sampah mereka kepada 34 kategori dalam usaha mencapai matlamat mereka menjadi komuniti pertama sisa sifar pada tahun 2020.
Apa yang dilakukan oleh penduduk Kamikatsu adalah sesuatu yang sangat mengagumkan kerana mereka mengambil inisiatif sendiri untuk membudayakan amalan kitar semula dan menghantar sendiri sampah ke pusat kitar semula tanpa adanya lori sampah yang memungut untuk mereka.
Tidakkah kita berasa malu pada diri sendiri apabila kita selaku umat Islam yang seharusnya di hadapan dalam hal ini tetapi ketinggalan jauh di belakang mereka dalam membudayakan amalan kitar semula? Walhal, kita sebagai umat Islam telah dibekalkan dengan panduan yang cukup jelas dan lengkap melalui al-Quran dan hadis tentang aspek penjagaan alam sekitar.
Buktinya banyak ayat al-Quran yang menekankan secara jelas tentang tanggungjawab terhadap alam sekitar. Antaranya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya” (Surah Hud, ayat 61).
Berbalik kepada konteks kitar semula, walaupun ia tidak disebutkan secara langsung di dalam al-Quran, namun ayat-ayat yang tersirat berkaitan amalan ini sebenarnya banyak dinukilkan di dalamnya. Antaranya, larangan melakukan pembaziran sebagaimana yang dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: “…dan janganlah kamu melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah al-Israa’, ayat 26-27).
Ayat ini memberi gambaran yang jelas kepada kita bahawa pembaziran adalah suatu amalan yang sangat keji yang wajib dihindari oleh manusia yang beriman kepada Allah. Kefahaman yang jelas tentang perkara ini seharusnya dapat diterapkan dalam jiwa setiap lapisan masyarakat untuk mengaitkannya dengan amalan kitar semula sebagai satu wadah bagi mengelakkan pembaziran dan mengoptimumkan penggunaan sumber sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam kepada manusia.
Dalam mempraktikkan kitar semula, amalan yang ditonjolkan oleh junjungan kita Rasulullah SAW sewajarnya diteladani oleh kita pada hari ini. Misalnya, dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menjahit dan menampal kasut bagi memanjangkan lagi jangka hayat baju dan kasut baginda.
Kisah ini menonjolkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW sendiri turut mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang dalam kehidupan baginda.
Sementara itu, dalam sebuah hadis lain pula diriwayatkan bahawa sahabat baginda, Saidina Abu Bakar pernah berpesan kepada keluarganya agar mengkafankan beliau dengan baju yang beliau miliki kerana berpendapat bahawa kain yang baharu boleh dimanfaatkan oleh orang yang masih hidup. Di sini jelas memperlihatkan kepada kita bahawa sahabat Rasulullah SAW juga menunjukkan sikap yang sama dengan baginda yakni mengoptimumkan penggunaan sesuatu barang.
Kisah ini seharusnya menjadi pedoman kepada kita untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat baginda. Kesedaran tentang kitar semula bukan lagi suatu pilihan, sebaliknya kewajipan semua untuk dibudayakan dalam kehidupan seharian bagi memastikan masa depan alam sekitar terjamin.
Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd
Bahan-Bahan Kitar Semula
Kitar Semula Kertas - Kertas adalah salah satu bahan yang cukup banyak digunakan dan boleh dilihat hampir dimana-mana sahaja. Didalam rumah, pejabat, sekolah, kedai, hotel, kereta, tandas dan dimana-mana sahaja pasti akan ada kertas atau produk yang diperbuat dari kertas. Bahan ini apabila dikitar semula, ia dapat menjimatkan wang anda daripada membeli barangan yang juga boleh diperbuat daripada kertas-kertas yang terpakai contohnya bakul, beg, dan lain-lain lagi.
-Contoh bakul kertas yang diperbuat daripada kertas kitar semula.
-Contoh beg kertas yang semakin banyak didapati di pasaraya-pasaraya besar dengan pelbagai jenis dan bentuk yang menarik.
Kitar Semula Plastik - Jika kita lihat disekeliling kita, ada pelbagai rupa bentuk dan jenis barangan yang diperbuat daripada plastik. Plastik merupakan bahan yang amat meluas sekali penggunaannya. Apabila banyak digunakan, maka banyaklah juga ianya dibuang. Kitar semula plastik adalah cara terbaik. Selain itu, plastik tidak mudah mereput dan terlerai secara semulajadi. Ianya memerlukan jangkamasa yang panjang. Dari puluhan tahun sehinggalah ada yang mencecah ratusan ribu tahun untuk mereput mengikut jenis-jenis plastik tersebut. Antara kegunaan plastik yang dikitar semula ialah :
-Boleh dijadikan pasu bunga yang sangat cantik dan menarik.
Kitar Semula Kaca - Kaca yang sering kali dikitar semula ialah botol kaca kerana ianya sering kali digunakan seperti botol minuman kaca, botol kicap dan sos yang diperbuat darupada kaca, dan lain-lain lagi. Pada zaman dahulu, botol kaca yang digunakan mereka akan menjualnya kembali untuk mendapatkan wang walaupun dengan harga yang rendah. Tetapi perkara ini jarang ditemui pada zaman era globalisasi sekarang. Oleh itu, kitar semula botol kaca merupakan salah satu cara yang terbaik kerana ianya dapat menjimatkan wang secara tidak langsung contohnya dapat menwujudkan sesuatu barang yang boleh digunakan di kawasan kediaman kita atau alat kegunaan harian kita.
-Lampu hiasan yang sangat menarik.
-Pasu bunga.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Aktiviti Kitar Semula
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena "Kitar Semula" adalah seperti berpidato, pertandingan melukis poster, pertandingan...
-
Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan sempena "Kitar Semula" adalah seperti berpidato, pertandingan melukis poster, pertandingan...
-
Kitar Semula Kertas - Kertas adalah salah satu bahan yang cukup banyak digunakan dan boleh dilihat hampir dimana-mana sahaja. Didalam rum...